Sunday 21 April 2013

assalamualaikum , salam sejahteraa , salam 1 malaysia . hambek sume salam ade . 

sakit , rindu , sedih sume ade . hidup terasa kosong setelah kehilangan awak . walaupun mulut  tak mampu berbicara ,  biarlah hati yang menceritakan segalanya . almost 4 months kita bersama . saya terasa amat bahagia . tapi keadaan tak mampu menemukan hati kita semula . maaf , cinta dan hati saya bukan untuk awak . awak memang baik tapi saya kalah atas kedegilan awak . 

5 kali awak kita bergaduh , saya jadi tawar hati . awak memang baik , itu saya tak nafikan . saya bukan jenis yang reti memujuk , tapi itu yang awak selalu minta saya buat . awak , fahamilah hati saya . saya bukan buang awak dari hidup saya . tidak ! dan tak akan pernah . tapi apabila saya berpura-pura mencintai awak , itu akan lebih sakit awak . 

sepanjang mengenali awak , macam-macam yang saya dapat . baik dan buruk sume ada . kadang-kadang pendapat kita bercanggah . saya aje yang selalu mengalah kalau awak perasan . saya senyap sebab tak nak kita gaduh . pernah awak dengar , kata-kata lebih tajam dan menyakitkan ? 

tanggal 20 april 2014 , saya benar-benar melepaskan awak pergi dari hidup saya . perit awak itu yang saya rasa . awak akan mengungkitkan pasal itu . saya jadi benci . saya cakap sudah , berhenti cakap pasal itu . awak masih berkata-kata . maaf , saya tengking awak . saya penat awak . macam-macam benda yang saya fikir . keluarga , pelajaran , kawan , diri saya sendiri. bukan hanya awak yang saya fikirkannn ! 

cukuplah . keluarga bagi saya adalah segalanya . saya kembali muhasabah diri . impian saya ke sini adalah untuk belajar ! bukan bercinta . belum tiba masanya untuk saya fikirkan tentang itu . impian kedua ibu bapa saya adalah yang utama . melihat mereka bersusah payah bekerja , mencari rezeki membuatkan saya sedar . awak bukan segalanya . andaikata , awak memang jodoh saya . saya terima ketentuanNya . dalam masa 4 tahun ini , kita ubahla yang mana patut diubah agar kita sama-sama menuju Jannah . 
p/s : sayang , saya sentiasa mencintai dan merindui awak . seperti yang telah saya katakan , andaikata memang awak jodoh saya , kita sama-sama berubah dalam masa 4 tahun lagi .

SENTUH HATI SAYA ,
BUKAN BADAN SAYA ,
CURI IKHLAS SAYA , 
BUKAN CURI IMAN SAYA , 
BUATLAH SAYA MASUK SYURGA ,
BUKANNYA HUMBAN SAYA KE NERAKA

err , laparla pulakk -.-
burger foodcourt yuk !

Thursday 13 December 2012

Kawan VS Sahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

lama gila la tak post entry . keje tu tak pernah habis . sakit-sakit badan ni haa . itulah namanya dugaan belajar . kalau tak belajar macam mane nak get knowledge kann . heheh . so hari ni terasa nak post pasal kawan dan sahabat sebab dalam hidup sejarah hidup aku , pertama kali aku terasa macam diperbodohkan .
kawan dan sahabat adalah 2 term yang sangat berbeza . mungkin selama ni aku tak perasan .

terima kasih kawan sebab kau dah banyak sedarkan aku pasal benda yang aku taktau . terima kasih sangat . aku hargai apa yang kau dah buat . selama 19 tahun aku hidup , kaulah orang pertama yang sedarkan aku beza sahabat dan kawan . dengan apa yang kau dah buat , aku sedarkan aku kat mana . aku tak pernah berdendam dengan kauu tapi untuk serapat dulu adalah sangat mustahil . pasal benda kecil kau nak besar-besarkan . kau ungkit benda yang dah lepas , dari situ aku tau kau macam mana . memang tak layak umur kau dengan perangai kau sekarang .

bukan aku nak kutuk kau tapi aku nak kau sedar sebelum terlambat sebelum kau kehilangan lagi ramai kawan . mungkin kau tak kesah sebab kau rasa kau boleh dapat lagi ramai kawan yang layak kawan dengan kau . betullah kata orang , perempuan mudah memaafkan tapi sukar untuk melupakan . i admit it .

kau cakap kami selalu pinggirkan kau ? macam tu . kau sedar tak selama ni siapa yang teman kau kuar . bukan nak mengungkit tapi sumpah . tak pernah terlintas kat hati aku nak buat macam tu kat kauu . kalau kawan tak boleh bergurau , baik tak payah kawan langsung . jadi kera sumbang . again , terima kasih  sedarkan aku yang kau hanya sekadar KAWAN . bukan SAHABAT !

p/s : aku tak cakap aku perfect tapi aku cuba untuk menjadi perfect !

Saturday 6 October 2012

Time kecik-kecik . . . . . . . .

Assalamualaikum , salam sejahtera , salam 1 Malaysia . hahhaa poyo gilaa .

dulu , time kite kecik-kecik banyak sangat impian , angan-angan yang kita nak . kadang-kadang tu sampai tak sabar nak tunggu dah besar . rasa lambat je masa berlalu . nak itu , nak ini , nak abang tu , nak ade rumah besar , nak ade driver , nak gaji besar , nak masuk uni . banyak sangatt . sampai tak boleh nak ingat sume . time tu kita rasa kita boleh capai sume benda . best sangat zaman tu . ni sume cerita 10 tahun lepas .

cerita sekarang , susah nak cakap . nak capai sume benda , sume kene ade keazaman dan nekad . dulu , cakap dengan kawan-kawan nanti nak carik pakwe dekat universiti . hahah . *muka gatal . sekarang , realitinya . susah . haha . salah ke kite berkorban untuk bahagiakan hati org walaupun kita tak bahagia ??
kenapa ? tak aku nafikan hati aku tak boleh nak stick to someone . hati aku tak mampu nak tolak pujuk rayu orang .susah sangat .

tapi sekarang , hati aku seolah-olah ade magnet nak dekati someone . kawan aku , alina selalu cakap percaya pada diri . tapi rasa malu dalam hati ni tak boleh kikis . serius , dye manis sangat . even  tak hensem, tapi sejuk je hati ni bila pandang . please , please , please . i want him :(

Thursday 20 September 2012

Kehidupan Seorang Pelajar :)

Assalamualaikum dan good morning :)

Seriously lama gila tak post entry . almaklum laa , jadi student ni bukan senang . tapi bak kata senior , zaman universiti laa yang paling indah . kenapa ? sebab time ni la kita kumpul sebanyak mungkin pengalaman yang akan jadi bekalan time kite dah keje nanti . to be honest , i'm happy to Universiti Putra Malaysia's students . walaupun penatnya bukan main lagi . hahaa .

nak dijadikan cite , first day lecture . haaa , ambek kauu . fully english . nak cakap pun segan sebab takut grammar tunggang langgang . yang tu takpe lagi . buatnya orang tu tak faham lagi la naya . monday 8am to 10am subjek principles of management . dalam kelas aku tu dah macam 1 malaysia gilaa . ada sabah , sarawak . from china pun ada jugak . part paling best dalam kelas tu ada 3 orang atlet . which is salah seorangnya group aku for assignment . hahaaha . bangga meyhh . okey , now tutup pasal fakulti . hahaha. beralih dekat kolej pulakk .

dekat UPM ni aku stay dekat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) . sangat cantik walaupun kolej ni kolej ketiga dibina . kalau orang tengok mesti tak percaya . time orientasi kolej , semua senior muka bajet bagus je . geram je hati . haha . yelahh , benda kecik pun nak jadi isu . tapi after orientasi tuu , dyerang semua memang hebat . friendly plus boleh kamcing laa . part paling best time penutup malam BEPESAKA (nama program orientasi) . dyerang bagi less than 1 week for practice . kiteorang dibahagikan group and nama group aku tu adalah gabungan rossa . haha . nama comel gitu kann . nama group kiteorang la yang paling senang nak sebut . fuhh , yang lain . memang berbelit belit . senior yang ajar tu best je . idea dyerang mantop . tu yang kiteorang menang tempat kedua .walaupun pada awalnya , senior kiteorang (Abang Raja) tak yakin plus siap cakap aku rasa korang dapat nombor 3 or 4 . tapi kiteorang dah buktikan kiteorang bolehhh !!!!!!!!!
seee , nampak tak semangat dia tuu .

okey , kite masuk pulak orientasi floor . nama floor aku daffodil (first melur) . setiap orang diwajibkan panggil nama floor . nama floor aku AWUM . okey , nampak tak beza dia tuu . aku yang ayu ni dyerang panggil AWUM . nampak ganas jee . haha . tapi aku accept la . junior la katakan . kiteorang diberi barang amanah iaitu sebatang spagetti , tisu bercop dan kain putih kene ikat macam ninja tuu . hahaa . aku first day dah patah . rasa bersalah la sebab kalau sorang patah semua kene . rupa-rupanya ramai kot yang patah . ape lagi mengamukla kak netto . kene marah kaw kaw laa . time kene marah tu aku takde . gastrik meyhh . sakit perut denn . member la cite . so , kiteorang diberi barang amanah baru iaitu belon isi air . besar kot belon tuu . haishh ! takpe laa . junior kan sabar je laa . taktaula bila nak habis minggu jalinan kasih ni . tensionn .

tu je kot aku nak cite pengalaman sepanjang 3 minggu dekat upm ni . senang-senang nanti aku upload gambarr . heheh .tapi taktaula bila freenya . that's all .

Assalamualaikummm . . . .

Monday 30 July 2012

sahabatt :)

Assalamualaikumm  .

first of all , rasenye belum terlambat kot nak ucapkan tahniah to all my friends sebab dapat masuk uni . tak kesahlaa course and uni tu memang korang nak ke takk kann . mungkin tu yang terbaik untuk korang and untuk aku jugakk . aku ade wasiatt nii , nanti sampai sane jangan lupe aku yang dekat sini nii . mane taknye korang tu ade yang dekat unimas , uum , ums , ukm (tu dekat jee ) , unimap and so on . aku jugak la yang dok tercongok dekat sini . hahaaa . korang study baik-baik , buat mcam study dekat matrik . hahaa . memang pecah kepala . nak-nak kalau ade test , quiz or exam .  haahaa , jangan study last minutee . aku ni bab nasihat orang pandaii , diri sendiri pun suka study last minute .aku ni memang jenis tak boleh study awal-awal . nanti mula la nak gelabah sebab tak ingat . almaklum laa , suka sangat gelakk kuat-kuatt . tulaa nikmat sebenarnye tauu . tak caye , try laa . nak-nak dekat exam . rase ringan je kepala nii .

tiba-tiba terasa nak bukak cite lama . rindu sangat-sangat start dari sekolah rendah , sekolah menengahh , keje part time kejap lastly zaman matrik . gune word zaman ni mcam aku ni dah tua sangat je . padahal baru sweet 19 . wuekk ! prasan betul anak encik azman nii . okayy , since aku dalam mood kerinduann sangat ni ,  mula tangan ni nak selongkar gambo-gambo lamee . but unfortunately , all the pictures semua dekat lappy lagi satu . kot aku senang malam kang , aku post ler . kadang-kadang , bila tengok gambar lame , kurang sikit rindu nii . lagi-lagi zaman budak-budakk . nak-nak pulak gambar tu selekehh . rase nak gelak guling-gulingg . hahaaa .

okayy laa , waa nak gerakk duluu . jumpa malam kang . mau layan pesbuk pulakk . daaa~

p/s : sahabatt , untuk selamanyaa .
       kau dan akuu , sahabattt . hehee

Wednesday 25 July 2012

kahwin muda

Assalamualaikum and good evening .

setelah sekian lama tak post , tiba-tiba malam ni tergerak hati nak tulis something . tngok je tajuk mesti dah terfikir macam-macam kan ? hahaa . same la macam empunya diri ni haa . semalam ex-roommate aku ade bagi link pasal budak 16 tahun yang kahwin tuu . aku tengok youtube tuu tak berkelip-kelip mataa . *nampak tak gatalnye tuu ? hehe

act , yang buat aku tak berkelip tuu sebab aku terfikir bagusnya parents dyerang . macam style datuk nenek kite dulu-dulu . bagi aku , asal si suami bertanggungjawab dan tak rasa terbeban bila belajar okey laa . mungkin ade je yang cakap 'ehh , gatal betul budak ni . aku yang ..bla..bla..blaa ' . itu dah tersurat sejak luh mahfuz lagi . siapa kite nak halang jodoh yang Allah SWT tentukan kann ?

nak cite lagi ni , senior aku ade je dah kahwin lepas je habis matrik . serius , memang sweet je . kadang-kadang bila bosan aku layan la blog dyerang . si isteri comel je plus memang sejuk mata memandang . aku baca blog dyerang , dyerang dah kenal hampir 6 tahun . tu tak termasuk lepas dyerang kahwin . pada mulanya si isteri ni seorang yang biasa-biasa je . tapi berkat nasihat si suami sedikit demi sedikit si isteri berubah semata-mata untuk mencari redha Allah SWT . semogaa mereka berbahagia hingga syurgaa :)

untungla badan kalau my future husband cakap mcam nii  . auwww <3

Tuesday 19 June 2012

Kita bolehh !!

Assalamualaikum and hello guys

today mira nak share apa yang mira rasa sekarangg .
up to you nak bace ke taknak . tak kesah pun . hehehe * just kidding :)
sometime kite rase hidup kite happy sangat dan kite tak tau ape akan jadi keesokan harinya .
mungkinkah kita still happy atau sebaliknya ?
hanya Tuhan (Allah SWT) je tahu .
ape yang kite boleh buat adalah berdoa agar di panjangkan umur untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke alam sana kelak .

orang nampak kita happy tapi adakah mereka tahu apa yang berada di hati kita?
dugaan itu adalah ujian daripada Allah swt untuk kita 
menguji sama ada kita boleh menerimanya dengan tabah atau tidak 
ada kala kita rasa ia terlalu berat untuk kita pikul tetapi ingatkah anda . . . . . . 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(Surah Al-Baqarah ayat 286) 

di sini Allah telah menjelaskan segalanya  
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya sama ada ia cepat atau lambat 
jangan berputus asa kerana di dalam Al-Quran menyatakan

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." 
(Surah Yusuf ayat 12)

Wallahualam~

p/s : minta maaf jika ada kesilapan :)